OSH (Amendment) Act 2022 secara rasminya telah diwartakan pada 16 Mac 2022 setelah diluluskan di Dewan Rakyat pada 28/20/2021 dan Dewan Negara pada 31/12/2021. Namun buat masa ini, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 tersebut masih belum dikuatkuasakan. Setakat ini, apa yang diketahui, OSH (Amendment) Act 2022 ini dijangka akan berkuatkuasa pada Jun 2023. Untuk makluman, OSH ACT 1994 ini telah diguna pakai di Malaysia sejak 28 tahun yang lalu dan belum pernah dipinda. Manakala bagi FMA Act 1967, akta ini juga akan dimansuhkan berkuatkuasa bila OSH (Amendment) Act 2022 dikuatkuasakan. Secara ringkas, maksudnya kedua-dua akta ini akan digabungkan didalam satu akta sahaja iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022.
Ringkasan Pindaan
Mungkin ada juga yang tertanya-tanya apa yang dipinda di dalam akta yang baru tersebut. Secara ringkas untuk FMA Act 1967, ianya telah digunapakai di Malaysia selama 55 tahun dan telah dipinda sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1973, 1976 dan yang terakhir pada tahun 2006. Dalam FMA 1967 terdapat 70 Seksyen dan 3 Schedule. Selain itu FMA 1967 juga mengandungi 13 Peraturan (Regulations) dan 6 Arahan (Orders). Sebagaimana yang kita tahu FMA (Repeal) Act 2022 telah diwartakan pada 16/03/2022, maka dengan itu, Akta Kilang & Jentera 1967 ini akan dimansuhkan sepenuhnya selepas ianya dikuatkuasa pada June 2023 nanti. (Dijangka dikuatkuasakan pada June 2023)
Manakala untuk OSH Act 1994, akta ini telah digunapakai dalam tempoh 28 tahun, akta ini mengandungi 67 Syeksen dan 3 Schedule. Terdapat 8 Peraturan (Regulations) dan 2 Arahan (Orders). Untuk OSH (Amendent) Act 2022, 2 Seksyen akan dihapuskan, terdapat 35 Syeksen dipinda. Manakala 27 Peraturan dan 2 Syeksen baru akan dimasukkan ke dalam OSHA (Amendment) Act 2022. Ini akan menjadikan keseluruhan untuk OSH (Amendment) Act 2022 akan mengandungi 92 Syeksen dan 5 Schedule.
Kesan OSH (Amendment) Act 2022 Kepada Industri (Impact to the industry)
Berikut merupakan antara kesan atau persediaan pihak industri sebelum Akta Keselamatan & Kesihataan Pekerjaan (Pindaan) 2022 ini berkuatkuasa.
Application
Akta ini hendaklah terpakai bagi semua tempat kerja di seluruh Malaysia termasuk dalam perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun kecuali kerja domestik (pembantu rumah), Angkatan Tentera dan juga Pekerjaan atas kapal yang ditadbir oleh Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 [Ord. No 70 Tahun 1952], Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 (Sabah)[Ord. No. 11 Tahun 1960] atau Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 (Sarawak) [Ord. No. 2 Tahun 1960]”.
Risk Assessment / Penafsiran Risiko
Pihak majikan, orang yang bekerja sendiri atau prinsipal juga dikehendaki untuk membuat risk assessment (penafsiran risiko) serta melakukan langkah kawalan (control measure) di tempat kerja masing-masing sekiranya terdapat risiko daripada aktiviti yang dijalankan.
Tanggungjawab Prinsipal (Duties of Principal)
Adalah menjadi tanggungjawab prinsipal untuk memastikan apa-apa isu berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan telah dimaklumkan kepada semua kontraktor utama, subkontraktor dan juga indirect subkontraktor. Prinsipal bertanggungjawab untuk memastikan perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan telah diambil kira sewaktu proses permulaan atau ketika perancangan sesuatu aktiviti.
Right of Employees (Hak Pekerja)
Dalam pindaan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2022 ini juga telah mengambil kira Article 13 International Labour Organization (ILO), untuk menambahbaik hak pekerja. Oleh yang demikian, seseorang pekerja, selepas memberitahu majikannya atau wakilnya bahawa dia mempunyai justifikasi yang munasabah untuk mempercayai terdapat suatu bahaya hampir pasti berlaku di tempat kerjanya, hendaklah mempunyai hak untuk mengeluarkan dirinya daripada bahaya atau kerja itu jika majikan itu gagal untuk mengambil apa-apa tindakan untuk menghapuskan bahaya itu. Perkerja yang mengeluarkan diri daripada bahaya hendaklah dilindungi daripada akibat tidak wajar dan tidak boleh didiskriminasikan.
Occupational Health Services (Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan)
Melalui pindaan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2022 ini juga pihak majikan dikehendaki untuk mengambil kira penyediaan perkhidmatan untuk perlindungan kesihatan pekerja semasa bekerja. Majikan juga perlu menjalankan promosi kesihatan pekerjaan dan juga kebajikan pekerja. Selain itu, pihak majikan juga perlu mengambil kira pencegahan berkaitan dengan penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan di dalam operasi yang dijalankan.
Machinery Integrity and License Person
Seperti yang kita sedia maklum, apabila FMA (Repeal) Act 2022 telah berkuatkuasa, maka Akta Kilang & Jentera 1967 akan dimansuhkan. Maka semua perkara berkaitan dengan pendaftaran tempat kerja dan jentera akan digabungkan didalam OSH (Amendment) Act 2022. Untuk penambahbaikan pengurusan berkaitan dengan jentera dan mengurangkan pemeriksaan jentera yang tertangguh, dalam pindaan akta ini menyaksikan terdapat peruntukan untuk melantik ‘Licensed Person’ untuk memeriksa jentera dan mengeluarkan ‘Certificate of Fitnes’.
Appointment of SH-C (Perlantikan Koordinator Keselamatan & Kesihatan)
Salah satu penambahbaikan yang agak ketara didalam OSH (Amendment) Act 2022 adalah dengan memasukan keperluan majikan untuk melantik seorang Koordinator Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Safety & Health Coordinator) sekiranya perniagaan tersebut mempunyai lebih daripada 5 orang pekerja dan perniagaan tersebut tidak termasuk di dalam kelas atau keterangan yang telah digazetkan di dalam Subsyeksen 29(1). Bagaimanapun, bagi majikan yang telah melantik Safety & Health Officer, walaupun perniagan tersebut tidak dikategorikan di dalam Subsyeksen 29, majikan tersebut tidak perlu melantik Safety & Health Coordinator.
Selain itu, antara perubahan yang ketara adalah berkenaan dengan perlantikan Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SHO), di dalam subsyeksyen 29(4) Seseorang hendaklah dilantik sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan hanya untuk satu tempat kerja pada satu-satu masa, melainkan jika dibenarkan selainnya oleh Ketua Pengarah.”. Secara ringkas maksudnya seseorang SHO hanya boleh bertugas untuk satu organisasi dalam satu-satu masa melainkan telah mendapat kebenaran daripada Pengarah DOSH.
OSH Training (Latihan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan)
Sementara itu, berkaitan dengan latihan pula, majikan mana-mana orang yang dikehendaki menghadiri kursus atau latihan sepertimana yang digazetkan hendaklah memastikan bahawa orang itu telah melengkapkan kursus latihan tersebut sebelum membenarkan orang itu melakukan apa-apa kerja yang memerlukan latihan.
OSH Practitioner (Pengamal KKP)
Didalam Pindaan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2022, Pendaftaran, pemantauan dan akauntabiliti pengamal KKP (Orang Yang Kompeten, Penyedia Latihan, Firma Yang Kompeten) akan diseragamkan di bawah satu perundangan. Semua permohonan pendaftaran, tempoh sah laku, pembaharuan dan juga pembatalan kompetensi akan diseragamkan di dalam OSH (Amendment) Act 2022.
Increasing of Penalty (Peningkatan Penalti)
Antara perubahan yang ketara yang pihak majikan perlu ambil perhatian adalah peningkatan penalti bagi setiap kesalahan di bawah OSH (Amendment) Act 2022. Jika sebelum ini, maksimum penalti dibawah OSH ACT 1994 adalah RM50,000 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu, telah dinaikan kepada RM500,000 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu).
Berikut merupakan peningkatan penalti di dalam OSH (Amendment) Act 2022.
- General Penalty dinaikan daripada RM10,000 kepada RM100,000 dan penjara maksimum 1 tahun.
- General Duties of Employer, Principal and etc dinaikan daripada RM50,000 kepada RM500,000 dan (Tiada perubahan untuk penjara maksimum sehingga 2 tahun)
- Duties of employees dinaikan daripada RM1,000 kepada RM2,000 (Tiada perubahan untuk Penjara maksimum 3 bulan)
- Manakala untuk kegagalan mematuhi notis yang dikeluarkan (Failure to comply with notice), maksimum penalti telah dinaikan daripada RM50,000 kepada RM200,000. Sekiranya masih gagal untuk mematuhi arahan selepas tarikh yang diberikan, majikan juga boleh dikenakan penalti tambahan sehingga RM2,000 untuk tempoh satu hari berbanding dengan RM500 untuk tempoh satu hari dalam OSH Act 1994.
- Selain itu antara penalti terbaru yang terdapat di dalam OSH (Amendment) Act 2022 adalah penalti yang boleh diambil kepada ‘Competent Person’ dengan denda maksimum sehingga RM100,000
Ringkasan
Dengan penambahbaikan OSH (Amendment) Act 2022 ini, majikan perlu bekerja sama dengan pekerja dan juga pihak kerajaan bagi memastikan bukan sahaja akta ini akan dipatuhi, tetapi yang paling penting adalah memastikan tempat kerja yang selamat dan tidak mendatangkan risiko kepada pekerja, pelawat dan juga orang awam.