You are currently viewing Cara Memulakan Kerjaya Dalam Bidang Safety

Cara Memulakan Kerjaya Dalam Bidang Safety

  • Post author:

Covid-19 yang melanda menyebabkan ramai orang hilang pekerjaan. Ada yang terpaksa diberhentikan oleh majikan, bagi yang bernasib baik tidak kena buang kerja tetapi mungkin pendapatan mereka terpaksa dikurangkan oleh majikan. Sebab itu ada juga yang ingin menukar kareer kepada bidang lain seperti kerjaya sebagai safety officer atau supervisor. Jika anda juga salah seorang yang ingin menukar career ke dalam bidang safety, artikel ini mungkin dapat memberi anda idea bagaimana untuk bermula

Bagaimana untuk bermula?

Jika anda langsung tak ada pengalaman di dalam bidang safety, mungkin agak sukar untuk mencari perkerjaan samaada sebagai safety and health officer mahupun site safety supervisor. Ini kerana salah satu keperluan untuk pekerjaan ini adalah sekurang-kurangnya anda memiliki kelayakan samada diperingkat sijil, diploma, degree mahupun master di dalam jurusan safety. Namun begitu, ada juga yang bernasib baik dapat menceburkan diri di dalam bidang safety menggunakan kelayakan lain. Ia bergantung dengan doa, usaha dan rezeki masing-masing. Jika anda ingin bekerja sebagai safety and health officer mahupun site safety supervisor, langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah sekurang-kurangnya mengambil kursus di dalam bidang safety samada di peringkat sijil, diploma, degree mahupun master. 

Kursus Mana Yang Sesuai?

Ada dua jenis kursus di peringkat sijil yang anda boleh ambil samada kursus pegawai keselamatan dan kesihatan (SHO) atau kursus site safety supervisor (SSS). Bergantung dengan keperluan, masa, budget dan juga kelayakan akademik anda. Sekiranya masa, budget dan juga kelayakan akademik anda tidak menjadi kekangan, adalah lebih baik sekiranya anda terus mengikuti kursus safety and health officer daripada site safety supervisor. Salah satu sebabnya adalah anda boleh menggunakan kelayakan atau kursus pegawai keselamatan dan kesihatan perkerjaan untuk mencari kerja sebagai site safety supervisor, sekiranya anda telah lulus semua ujian SHO anjuran NIOSH dan memiliki pengalaman bekerja di dalam bidang pembinaan, anda boleh terus memohon kelayakan kompetensi sebagai Orang Yang Kompetent untuk Site Safety Supervisor. Namun jika sebaliknya, anda mengambil kursus site safety supervisor (kelayakan akademik anda layak untuk attend SHO course), anda tak dapat menggunakan sijil kursus site safety supervisor untuk memohon kelayakan sebagai Orang Yang Kompetent untuk Safety & Health Officer sekiranya sudah memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun di dalam bidang safety. Jika scenario ini berlaku, anda perlu mengikuti kursus safety and health officer samada peringkat sijil atau executive diploma. Memang tak ada masalah, cuma anda akan membazir masa dan juga wang untuk membayar yuran kursus.

Diploma, Degree dan Master in OSH

Selain kursus diperingkat sijil, anda juga boleh mengambil kursus safety & health officer diperingkat diploma, degree atau master. Namun kursus ini biasanya akan mengambil masa dari 2 – 4 tahun. Jika anda tidak bercadang untuk menukar kareer dalam masa yang terdekat anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil kursus SHO di peringkat diploma, degree ataupun master. Selain daripada itu, kursus diperingkat diploma, degree ataupun master ini anda boleh ambil selepas berkecimpung di dalam bidang safety nanti. Pendek kata, lepas dapat kerja dalam bidang safety boleh lah upgrade untuk ambil kursus SHO peringkat diploma, degee ataupun master. Selalunya kursus yang ditawarkan di Malaysia ada dua jenis samada di peringkat executive ataupun full diploma, degree atau master. Bergantung dengan objektif anda, nanti boleh lah pilih samada nak attend kursus yang full ataupun executive. 

Kat Mana Nak Attend Kurus

Untuk mengikuti kursus safety & health officer ataupun site safety supervisor, anda boleh mendaftar dimana-mana training provider yang diapproved oleh DOSH. Untuk mengelakkan sebarang kerugian, anda perlu memastikan bahawa training provider yang menganjurkan kursus safety and health officer samada diperingkat sijil, executive diploma, degree mahupun master diiktiraf oleh DOSH. Anda boleh  melihat senarai training provider yang diapproved oleh DOSH DISINI.

Perlu ka saya berhenti kerja terlebih dahulu? Jika anda masih ada kerja ketika ini, sebaik-baiknya hadiri dahulu kursus tersebut. Selepas menghadiri kursus, boleh la terus mencuba mencari kerja di dalam bidang safety. Agak berisiko sekiranya anda berhenti kerja sebelum mendapat kerja di dalam bidang safety.

Leave a Reply