You are currently viewing Apa itu OSH Management System?

Apa itu OSH Management System?

  • Post author:

OSH Management System

Mungkin ada diantara OSH Practitioner yang masih tertanya-tanya apa itu OSH Management Sytem? Bahkan mungkin juga ada yang berfikir apakah OSH Management System ini penting di dalam karier sebagai seorang OSH Practitioner, tak kesahlah samada anda seorang safety officer, safety supervisor mahupun safety manager. Pendek kata, sebagai pengamal OSH, anda harus mengetahui apa itu OSH Management System dan kenapa ia sangat penting di dalam menguruskan hal-hal berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. 

Apa itu OSH Management System?

OSH Management System atau Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Perkerjaan ini merupakan satu set elemen yang saling berkaitan atau berinteraksi satu sama lain untuk mewujudkan dan melaksanakan dasar KKP (OSH Policy)  serta objektif. Elemen tersebut bertujuan untuk membantu kitai mencapai  objektif yang telah kita tetapkan. OSHMS adalah sebahagian daripada sistem pengurusan keseluruhan organisasi yang digunakan untuk menguruskan risiko berkaiatan OSH di tempat kerja. Pendek kata, OSH Management System ini seumpama kompas yang membantu kita ketika kita berlayar di lautan. Tanpa kompas kita mungkin akan hilang arah dan hanyut tanpa tujuan di tengah lautan. Begitu juga OSHMS, tanpa OSHMS kemungkinan untuk kita hilang arah dalam pengurusan keselamatan & kesihatan di tempat kerja. Secara tak langsung ia mungkin akan membantutkan usaha kita untuk mencapai objektif yang telah kita tetapkan. Itu pun kalau kita ada OSH objektif. 

Macam mana rupa OSH Management?

Ada beberapa contoh OSH Management System yang kerap diguna pakai terutamanya di Malaysia. Salah satu OSHMS yang ada adalah berpandukan standard MS1722:2011. Standard MS1722:2011 ini merupakan standard yang dikeluarkan di Malaysia dan boleh diguna pakai untuk syarikat yang beroperasi di Malaysia sahaja. Sekiranya syarikat anda mengembangkan perniagaan ke luar negara seperti Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia dan sebagainya, OSHMS standard yang dikeluarkan Malaysia tersebut tidak dapat digunakan di negara tersebut.

Selain MS1722:2011, satu lagi standard yang mungkin biasa kita dengar adalah ISO45001:2018. Sebelum standard ini dikeluarkan, dahulu kita ada OHSAS18001. Namun begitu, OHSAS18001 telah dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2021 dan digantikan dengan ISO45001:2018. Standard ini diperakui di seluruh dunia dan boleh digunakan oleh syarikat anda jika beroperasi di Malaysia dan juga di luar negara. Anda boleh baca lebih lanjut berkenaan dengan ISO45001:2018 di SINI. 

Selain daripada dua standard yang dibincangkan diatas, ada juga syarikat yang menggunakan OSH Management System berdasarkan kesesuaian industry masing-masing. Salah satu OSH Management yang kerap digunakan bagi syarikat oil and gas di Malaysia adalah berdasarkan OSH Management syarikat-syarikat Petroleum Sharing Contractor (PSC) seperti SHELL, PETRONAS, REPSOL dan lain-lain. Selalunya management system ini juga dikenali dengan nama HSE Management System atapun Safety Manual.

Dapatkan Panduan Lengkap Pendaftaran Green Book DISINI

Apakah Elemen Dalam OSH Management?

Bergantung dengan jenis standard atau OSH Management System yang anda gunakan seperti mana yang dibincangkan diatas, ada beberapa elemen yang ketara atau sama di dalam OSH Management System tersebut.Secara am, OSH Management System kebiasaannya mengandugi elemen-elemen seperti berikut:

Mari kita bincangkan elemen-elemen yang ada pada OSH Management System

Policy & Commitment

Sistem pengurusan KKP yang baik seharusnya dimulakan dengan Dasar KKP ataupun OSH Policy. Dalam elemen ini, ianya menekankan dasar dan komitmen pihak majikan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Selepas itu, dari OSH Policy yang dibentuk, kita juga dapat mengenal pasti apakah objektif yang perlu ada bagi mencapai komitment yang telah kita katakan didalam OSH Policy. OSH Policy ini merupakan stuktur teratas di dalam sesebuah OSH Management System.

Planning

Dalam elemen planning ini pula, ia akan menjadi panduan kepada kita untuk merancang program berkaitan dengan OSH bagi tujuan untuk mencapai objektif OSH yang telah kita tetapkan sebelum ini. 

Implementation & Operation

Elemen ini akan membantu sesebuah organisasi bagaimana untuk melaksanakan OSH Policy bagi mencapai objektif dan perancangan yang telah ditetapkan. Ini adalah termasuk bagaimana cara untuk menggalakkan penglibatan pekerja di dalam aktiviti OSH bagi memastikan tempat kerja kekal selamat. Manakala untuk operasi juga, elemen ini menekankan bagaimana sesebuah organisasi menguruskan operasi mereka dengan cara yang selamat. Ini termasuk mengenalpasti dan menguruskan risiko. 

Measuring Performance

Dalam elemen keempat ini ia menjelaskan  bagaimana organisasi merancang untuk mengukur, memantau dan menilai prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Piawaian atau standard apa yang akan digunakan untuk mengukur tahap keselamatan & kesihatan perkerjaan, adakah akan menggunakan proactive atau reactive measurement atau kedua-duanya sekali 

Audit atau Assurance

Manakala untuk elemen audit pula, ia dapat membantu organisasi untuk menguruskan proses audit ditempat kerja. Sebagai contoh berapa kerap audit akan dijalankan, kelayakan orang yang boleh membuat audit, scope audit tersebut dijalankan serta standard atau piawaian mana yang akan digunakan untuk tujuan audit tersebut.

Performance Review

Bagi elemen performance review pula, ia dapat membantu organisasi tersebut untuk membuat pernilaian berkaitan dengan performance OSH ditempat kerja. Dalam elemen ini, mungkin kita ingin menentukan berapa kerap performance review perlu dibuat, siapa yang perlu terlibat, apa yang akan dibincang atau dibentangkan sewaktu performance review dan banyak lagi. Bagi sesetengah organisasi, performance review ini juga dikenali sebagai Management Review. Kebiasaannya pihak pengurusan  tertinggi akan terlibat sama di dalam performance review. Perlu diingat, bahawa performance review ini adalah berkaitan dengan aktivi OSH sahaja. 

Risau Tak Tahu Nak Buat Workplace Assignment?

OSH Management System Perlu Ada?

Seperti yang telah dibincangkan diatas, tanpa OSH Management System, anda seolah-olah belayar di lautan tanpa kompas. Jika organisasi anda tidak memiliki OSH Management System belum terlambat untuk anda memiliki OSHMS yang bersesuaian dengan keperluan organisasi anda. Jika anda perlukan bantuan untuk membuat OSH Management System, jangan risau sebab pihak kami sedia untuk membantu anda. 

Leave a Reply